- Back to Home »
- article agama , fakta , informasi terkini »
- Menganalisis Pandangan Mengenai teori Kiamat 2012
Posted by : Unknown
Ahad, 28 Oktober 2012
sebuah planet yang dikenali sebagai planet X, atau planet Nibiru, sudah berada dalam perjalanan menuju ke bumi kita dan akan berlanggar dengan bumi kita!! pada hari itu semua planet sistem suria juga akan tersusun sebaris dengan kuasa graviti mereka yang tergabung akan membuat tarikan yang kuat ke atas bumi dan ini akan menyebabkan graviti bumi berkurangan dan menyebabkan gempa bumi, letusan gunung berapi, air pasang yang lebih tinggi dan tsunami!
perubahan pada bumi ini sekaligus juga akan membawa kepada perubahan cuaca yang mendadak apabila paksi bumi juga akan berpindah dan ini bermakna kutub utara dan selatan akan berubah tempat! bagaimanapun semua ini tidak dapat dibandingkan dengan impak yang akan dibawa oleh Nibiru apabila ia berlanggar dengan bumi.
inilah ramalan yang dibuat oleh ramai peramal tentang kiamat sejak beberapa puluh tahun yang lalu. kepercayaan mereka ini adalah berdasarkan kepada ramalan yang ditemui di dalam runtuhan-runtuhan kota-kota lama tamadun maya, yang berbentuk sebuah kalender di tahun 1960-an. kalender ini berhenti pada 21 Disember 2012, menyebabkan pelbagai spekulasi bahawa itulah hari kiamat. pada bulan november 2011, satu lagi artifak telah ditemui yang menyebut tarikh yang sama, dan ini menambah lagi kepercayaan bahawa ramalan kiamat ini memang tepat.
Idea tentang Nibiru telah dimulakan oleh seorang wanita bernama Nancy Lieder pada tahun 1995 yang menganggap dirinya sebagai "penerima mesej" yang kononnya berupaya menerima mesej-mesej dari makhluk asing melalui sistem bintang zeta reticuli dengan menggunakan suatu peralatan yang telah ditanamkan ke dalam otaknya.
dia memaklumkan bahawa dia telah dilantik untuk memberi amaran kepada seluruh umat manusia bahawa Nibiru akan memasuki sistem suria kita dan berlanggar dengan bumi menyebabkan perubahan paksi bumi dan mengakibatkan kemusnahan kebanyakan manusia. makluman ini telah diambil serius dan seterusnya diperbesar-besarkan oleh banyak kumpulan penyebar cerita kiamat ini di internet dan dia laman-laman sosial seperti facebook dan twitter.
nampaknya jumlah orang yang benar-benar percaya akan hal ini adalah sangat ramai. laman-laman sesawang dan youtube sahaja dah cukup untuk memuaskan mata dan telinga mereka bagi yang berminat membaca dan menontonnya ada pula yang mendakwa bahawa CIA (jabatan perisik Amerika) dan NASA (Agensi Angkasa Amerika) sendiri telah mengakui kewujudan Nibiru dan bukti-bukti kiamat akan berlaku pada bulan Disember ini.
satu dakwaan telah mengatakan "seseorang dalam CIA\NASA telah melihat Nibiru dengan mata kepalanya sendiri. ia mempunyai garis pusat 47,000...setiap 12500 tahun ia berkait dengna bumni secara magnetik dan menterbalikkannya dalam masa hanya 28 minit, menyebabkan banyak kepupusan diikuti dengan banjir besar, angin kuat dan gempa bumi, dan ombak air pasang. ia terbang pada kelajuan 2500 batu sejam.
semua ini nampaknya begitu sensasi, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sukakan cerita mengenai kemusnahan bumi, tetapi majalah Trumpet menyatakan bahawa "terdapat beberapa aspek yang bermasalah mengenai cerita ini. pertama sekali , sumber-sumber telah mendedahkan salah faham tentang ramalan ini dan asal usul kebuadayaannya.
batu matahari (The Stone Of The Sun) yang belum lagi disahkan sebagai sumber sebenar ramalan maya, sebenanrnya telah diukir oleh orang-orang aztek lebih kurang separuh melinium sebelum maya dan berbatu-batu jauhnya dari orang maya. kalender maya termasuk kitaran -kitaran masa yang berlapis dan 2012 kebetulan adalah suatu tarikh di mana beberapa daripada kitaran ini dimulakan.
Don Yeomans, ketua pejabat program objek-objek berdekatan telah meneliti benda-benda yang berpotensi untuk melanggar bumi tlah menjelaskan bahawa banyak daripada ramalan ini sebenarnya tidak betul. katanya, kalender maya berhenti dengan tiba-tiba pada 21 Disember 2012 dan ini telah menimbulkan kepercayaan bahawa hari itu juga dunia akan berakhir. bagaimanapun yeomans berkata, "kalender ini sebenarnya tidak berakhir pada 21 Disember 2012, tetapi ia hanyalah sebuah penghujung kepada satu kitaran dan permulaan kepada kitaran baru. ia sama juga halnya dengan 31 Disember, di mana kalender kita berakhir tetapi satu kalender baru akan bermuka pada 1 Januari.
Mengenai Nibiru, Yeomans berkata planet ini hanyalah satu imaginasi orang dan ada segelintir orang yang berfikir ia akan masuk ke dalam sistem suria kita dan berlanggar dengan bumi. "planet yang besar ini kononnya sedang menuju ke bumi tetapi jika ini benar kami sudah lama melihatnya. kalau pun ia tidak dapat dilihat, kami boleh mengesannya daripadanya impak gravitinya terhadap planet-planet yang berdekatan. beribu-ribu pengkaji bintang mengimbas langit setiap malam tetapi tidak pernah melihat benda ini, katanya.
mengenai bahaya dari kekuatan graviti akibat perbarisan planet, yeomans berkata "petama sekali tidak ada susunan planet seperti itu yang akan berlaku pada bulan disember ini. kalau ada pun tidak akan berlaku kesan banjir besar terhadap bumi. hanya dua benda di angkasa yang boleh memberi kesan kepada pasang surut air di bumi iaitu bulan dan matahari . planet-planet lain tidak akan memberikan keasan apa pun kepada bumi"
mengenai perpindahan paksi bumi, berliau berkata ini hanyalah satu teori yang tidak dapat di buktikan kesahihannya. " putaran paksi ini tidak boleh berubah kenara orbit bulan mengelilingi bumi menstabilkan dan tidak memebenarkannya untuk berubah paksi. dia mengakui bahawa medan magnet bumi memang berubah sekali dalam setengah melenium tahun, tetapi setakat ini tidak ada bukti yang menunjukkan akan berlaku di bulan disember 2012 ini.
oleh yang demikian, nampaknya tidak perlulah kita risau tentang dunia akan kiamat dalam tempoh masa yang kurang daripada dua bulan ini. sejak dari dulu pun memang sudah ada banyak ramalan tentang tarikh dunia kiamat dan semuanya terbukti tidak benar kerana seperti yang kita sedia maklum bahawa tarikh kiamat adalah rahsia Allah. jesteru, tidak ada sebab lagi untuk kita mempercayai ramalan yang terbaru ini , kita hanya perlu percaya akan kitab-kitab suci yang mengatakan bahawa tuhan saja yang tahu bila kiamat akan berlaku.
takut sangat bila fikir pasal kiamat. tp drpd kita asyik fikir n teka pasal tarikh kiamat lebih baik kita tambahkan amal ibadat kita. InsyaAllah bila amal ibadat banyak kita akan lebih selamat. Amin
BalasPadamsetuju..ada hikmah Allah rahsiahkan tarikh kiamat..suapaya hambanya melakukan ibadah soleh.. kalaulah Allah bagitau bila kiamat..kompom semua manusia akan taat kepadanya... ^^
Padamtiada siapa dpt tau hari kiamat.dulu2 pun org barat bnyk bwt teori mcm ni satu pun tak tepat.Allah maha mengetahui :)
BalasPadamyeah.. kiamat tu hanya Allah ja yg tau bila.. yg penting kita beriman kepadanya.. ^^
Padammereka ni semua saje je nak goncangkn akidah muslim ,... depa penipu.
BalasPadambetul tu....jgn kita percykn semua ramalan tu tipu....hanya Allah SWT saja yg mengetahui bila berlaku kiamat...drpd kita memikirkn semua tu baik kita perbnyakkn amalan kita dan sentisa mendektkn diri kepada Allah SWT ..semoga kita dilimpahkn rahmat dan diredhai oleh Allah SWT..insyalah
BalasPadam