Popular Post

Posted by : Unknown Rabu, 19 September 2012


Gambar sekadar hiasan


Sedar tak sedar, dah dekat setahun aku tinggal kat Kedah ni. 1.04 ni genap la setahun aku menyandang tanggungjawab sebagai penjawat awam dalam sektor kerajaan. Syukur sangat2 sebab dalam beribu bahkan berjuta yang mencari peluang pekerjaan kat luar sana tu aku adalah salah seorang yang ditawarkan bekerja dengan kerajaan. Sungguh misteri perancangan-Nya padahal aku bukanlah pemegang sijil ataupun diploma. Ijazah???? Jauh panggang dari api.. Aku cuma ada SPM je tapi aku ada wawasan bak kata si Husin ;p. - kata abang saya-



Mak!!.. Mesti mak bangga anak mak ni keje kat gobemen kan? Aku dapat bayangkan mak aku dengan bangganya bgtau kat kawan2 dia yang anak teruna dia ni keje kt gobemen. Mesti makcik2 yang lain melopong sebab anak diorang cuma keje kat supermarket je... Choittt~~ Perasaan ujub mula muncul dalam diriku ;p.......... Tapi tetibe pulak sorang makcik ni mencelah lalu dia berkata "ala,cuma keje gobemen je. anak aku si Rizalman tu keje loyar(lawyer) kat KL tu tapi aku xkecoh pun. Gaji 2,3 ribu sebulan." Lepas tu ada pulak sorang makcik ni menyampuk pulak. Dia kata "Hek eleh, keje loyar apa barang beb.. Nuh anak aku si Hafiz tu ada kompeni eksport import aku tak kecoh pun.. Dia punya sendiri tuuuu!!! Maka terdiam serta kelu tanpa sebarang kata la mak aku sebab rupa2nya ada lagi anak org lain yang lebih hebat dari aku.



Hahh...Dapat mesej aku x? xdapat? Aisemen lambat pikap betul la korang ni. Sebenarnya dalam hidup ni kita selalu membandingkan kerja kita dengan orang lain. Si fulan tu kerja loyar, best dia kan.. Si fulan ni pulak keje doktor, lagi mulia keje dia. Lagi hebat keje yang seseorang tu dapat lagi la dia dihormati. Itulah kita, itulah fikiran jumud kita. Tapi kita lupa sebenarnya ada lagi kerja yang nampak hina serta kotor namun lebih mulia dari keje jadi doktor, peguam, jurutera dan sebagainya. Cuba pandang kat luar tingkap rumah atau opis korang, tgk sekeliling.. Kadang2 kita akan nampak si apek tua tengah menyapu sampah kat tepi jalan, kadang2 pulak kita terlihat lori sampah kat depan rumah kita. Aritu aku lalu kat tepi lori sampah, bau dia takyah nak kata la, bau yang kurang menyenangkan tapi apa yang aku lihat pekerja2nya tekun menjalankan tugas dan xterganggu pun dek bau sampah tu... Ikhlas aku kata time tu aku mmg betul2 kagum ngn diorang.



Sebenarnya banyak lagi kerja2 yang dianggap "low standard" ni tapi satu perkara aku nak bagitau kat korang JANGAN PANDANG RENDAH PEKERJAAN MEREKA. Kalau la diorang xde sapa nak tolong buangkan sampah kat depan rumah korang? Siapa yang nak tolong sapukan sampah kat bawah meja korang? Siapa yang nak potong rumput kat tepi2 jalan? Bagi aku inilah dia pekerjaan mulia tapi ramai yang tak menyedarinya. So lepas ni jangan la ada lagi perasaan merendahkan pekerjaan orang lain dan beranggapan bahawa kerja kita adalah yang hebat..

{ 1 comments... read them below or add one }

  1. betul tu.. kita kadang2, dengan sampah sendiri pun geli.. apatah lagi nak handle barang buangan orang lain

    BalasPadam

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -