Popular Post

Posted by : Unknown Isnin, 17 September 2012


GAMAR SEKITAR LAWATAN PUTERA WILLIAN DAN ISTERI KATE MIDDLETON KE MALAYSIA.



Jika anda berkunjung ke Hutan lembah Danum dekat Lahad Datu, Sabah maka inilah pemandangan terindah yang pasti dikenang sampai bila bila. Anda harus bangun seawal 5 pagi dan naik menara pemerhatian untuk melihat hutan tropika berusia 130 juta tahun ini diselubungi kabus dan awan, bak salju mendakap minda. Hutan Danum lebih tua dari hutan Amazon di Amerika Selatan.

This is the famed view of Danum Valley pristine rainforest, older than Amazon rainforest in Latin America, majestically covered by mist, can be seen early morning from an observation post.
Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan isterinya Catherine Middleton yang dalam lawatan empat hari ke Malaysia, siang tadi melawat pusat konservasi hutan simpan lembah Danum dekat Lahad Datu, Sabah pada Sabtu 15 September 2012.

Lawatan ke lembah Danum yang dilakukan sejak pagi hingga ke petang tadi, bagi melihat dengan lebih jelas usaha Malaysia khususnya Sabah, dalam program pemuliharaan hutan hujan tropika.

Pasangan diraja British itu tiba Kota Kinabalu malam tadi, jmumaat 14 September 2012 sebelum diraikan dalam majlis resepsi dihoskan kerajaan negeri bersama ketua menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di hotel penginapan di Tanjung Aru.


 ketibaan William dan Kate di lapangan terbang Kota Kinabalu pada Jumaat 14 Sept 2012, disambut gadis berpakaian tradisi Sabah termasuk kaum Rungus ini.


PASANGAN INI TIBA DI LAPANGAN TERBANG LAHAD DATU,SABAH.




Dan awal pagi tadi, Putera William, pewaris tahkta Britain selepas ayahnya Charles dan Catherine atau Kate menaiki helikopter Sabah Air yang dipandu juruterbang berpengalaman, Kapten Naru Kiob (gambar atas yg pakai tie), ke pusat konservasi lembah Danum, yang menempatkan pelbagai spesies flora dan fauna serta diiktiraf antara hutan hujan tropika tertua di dunia.




 Raut riang kegembiraan jelas terpancar di wajah Prince William dan isterinya Kate Middleton di Danum Valley, Lahad Datu, Sabah, pada Sabtu, 15th September 2012. Kate nampak tidak terjejas dengan kontroversi gambarnya yang disiarkan sebuah majalah Perancis dan disedari pasangan diraja ini semalam, Jumaat 14 September, 2012 ketika masih berada di Kuala Lumpur.





Kate Middleton jika dilihat dari dekat, memang lawa, cantik dan anggun. Namun hatinya hanya boleh dimiliki oleh seorang Putera Raja dan pewaris Tahkta Britain. 
















Ketika di Kuala Lumpur, Kate Middleton sempat bertemu pemenang pingat perak Olimpik London 2012 dan Beijing 2008, Dato Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong, gangsa Olimpik London terjun 10 meter platform


KREDIT: malaysian hollywood

{ 1 comments... read them below or add one }

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -