Popular Post

LELAKI & PEREMPUAN- oooo cmtu rupanya erk?

By : Unknown

Lelaki perlu tahu yang perempuan:
  1. Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
  2. Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala, kadang kala wanita ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala.
  3. Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya wanita akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan dendam.
  4. Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.
  5. Wanita sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. Wanita amat tabah.
  6. Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu prihatin.
  7. Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri seorang wanita masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga sesama kaum.
  8. Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai.
  9. Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
  10. Seks bukanlah segala-galanya buat wanita kerana wanita diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. Nafsu yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. Lelaki pula dijadikan dengan 9 akal dan satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya.



Perempuan juga perlu tahu yang lelaki:

  1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin).
  2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup denganbudi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya sama ada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  3. Kebanyakan lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu merekasuka melihat dan menjeling wanita.
  7. Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama!
  8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  9. Bila lelaki cakap, ”Emm. tengoklah dulu” itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  11. Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  12. Lelaki tak boleh belajar kesemuanya mengenai perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.
  13. Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  14. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan ‘flirting’ dengan ramai wanita, dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa. Yang lain hanya kawan.
  15. Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  16. Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti.
  17. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  18. Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yang dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan

~Insan Datang Dan Pergi~

By : Unknown
Sepanjang hidup kita, tidak terkira insan-insan yang hadir dan yang pergi. Ada yang hadirnya hanya seketika seperti bayu. Dia datang dan pergi begitu sahaja tanpa terkesan apa-apa dan mungkin kita tidak perasan pun akan kehadirannya, begitu juga dengan dia.

Ada pula yang datang dan begitu setia dengan kita tetapi kita tidak rasa pun kepentingan dirinya untuk terus bersama kita. Malah kadangkala mungkin kita rasa lebih baik dia tidak wujud daripada dia tidak memberi apa-apa manfaat untuk kita sehinggalah dia pergi buat selama-lamanya.

Ketika itulah baru kita rasa betapa dia sangat penting untuk kita. Pada masa itu, baru kita perasan kebaikan yang dia pernah buat untuk kita atau untuk insan-lain lain di sekeliling kita.

Pada masa itu juga, sudah tidak guna kita menangis kekesalan kerana tidak menghargai kewujudannya. Hanya doa dapat kita hadiahkan agar dirinya dirahmati di alam sana.

Ada pula yang sentiasa di sisi kita. Di saat kita susah dan juga senang. Dia sanggup buat apa sahaja untuk kita. Namun bagi kita, dia tidak lebih daripada tempat untuk meluahkan perasaan, tempat yang kita cari apabila menghadapi masalah tetapi di saat kita bahagia atau berjaya, kita seakan-akan terlupa akan kewujudannya.

Namun dia masih setia. Bila-bila masa sahaja kita cari dia, dia pasti ada untuk kita tetapi kita perlu tahu, dia juga manusia. Mungkin dia pernah makan hati dengan sikap kita. Cuma di hadapan kita, dia mungkin cuba sembunyikan perasaan itu sebaik mungkin.

Seandainya kita masih dungu, tidak mustahil suatu hari nanti dia akan membawa diri meninggalkan kita. Oleh itu, hargailah kewujudannya selagi mana dia masih di sisi kita.

Ada pula yang hadirnya berbeza dengan apa yang kita duga. Mungkin kita rasa dekat sangat dengannya membuatkan kita rasa mahu sahaja selalu bersama dengannya tetapi kita tidak tahu dalam hati dia mungkin dia rimas dengan kita. Kadangkala kita dapat capai dan genggam tangannya, tetapi belum tentu hati dia, kita dapat selami.

Mungkin kadangkala kita dapat melihat dia ketawa, tetapi kita tidak tahu apa makna disebalik senyumannya. Mungkin dia memang tidak suka berkongsi duka dengan sesiapa atau dia sememangya dia tidak percayakan kita.

Apabila dia menangis, kita ingat kehadiran kita dapat memujuknya, walhal kehadiran kita langsung tidak disenangi dan mungkin juga secara tidak sedar kitalah sebenarnya yang membuatkan dia menangis. Dalam keadaan seperti ini, kita perlu sedar, sebenarnya kehadiran kita banyak menyusahkan hidupnya. Kita perlu faham dia mungkin tidak sampai hati untuk memberitahu kita supaya meninggalkannya dan jangan menyusahkan hidupnya.

Ada juga yang hadirnya memberikan sinar dalam hidup kita. Apabila berada bersamanya kita rasa begitu tenang dan kita rasa tidak mahu berpisah dengannya. Kita sanggup lakukan apa sahaja agar dapat bersamanya. Kita jaga hati dia agar dia tidak terluka. Kita sanggup jadi tempat dia meluahkan segala masalah dia.

Kadangkala kita sendiri tidak sedar yang kita telah menjadi seorang yang sangat baik apabila bersama dengannya tetapi akhirnya, tanpa sebarang sebab, tiba-tiba kita ditinggalkan. Kadangkala kita langsung tidak faham dan tertanya-tanya, kenapa kita ditinggalkan?

Kita rasa kita sudah lakukan yang terbaik untuknya tetapi masih ditinggalkan. Kesannya mungkin sangat mendalam kerana kehadirannya benar-benar bermakna dalam hidup kita. Dalam keadaan ini, kita mungkin akan berubah sepenuhnya. Hati kita cukup terluka sehingga tidak sanggup untuk membuka hati kita untuk kehadiran insan lain. Kita juga tidak akan mendengar apa sahaja nasihat daripada insan-insan lain di sekeliling kita, hanya masa yang dapat menyembuhkannya.

Ada pula yang hadirnya menyembuhkan luka kita. Hadirnya banyak memberi sokongan dan dorongan kepada kita agar meneruskan kehidupan. Dia umpama pakar kaunseling untuk kita. Dia banyak mengingatkan kita, menyedarkan kekurangan kita dan mengubah tabiat buruk kita yang mungkin menjadi penyebab kenapa kita ditinggalkan.

Secara tidak sedar, kita sudah pulih daripada luka lama di atas nasihat dan sokongan darinya. Pada pandangannya, mungkin dia ingat kita sudah boleh berdiri sendiri dan mungkin dia rasa kita dah betul-betul pulih. Lalu dia meninggalkan kita.

Bagi kita pula, selama ini kita harapkannya akan terus bersama dengan kita. Kita hanya kuat apabila dia ada bersama kita, sedangkan dia tidak tahu sebenarnya segala kekuatan dan ketabahan itu ada bersamanya. Apabila dia pergi, maka hilanglah kekuatan itu dan kita terus mencari diri. Terasa sudah tidak percaya lagi kepada sesiapa pun, terasa ingin hidup sendiri, berdikari dan tidak mahu bergantung hidup pada sesiapa pun.

Tanpa kita duga atau tanpa kita harapkan ada pula insan yang sebelum ini pernah meninggalkan kita kembali semula ke pangkuan kita. Namun hati kita sukar kita fahami. Mungkin dengan senang hati kita dapat terima dia semula atau mungkin juga kita tidak dapat terima dia kerana sememangnya kita tidak pernah maafkannya kerana meninggalkan kita.

Dalam hati kita meraung dan bertanya, kenapa baru sekarang, bukan tiga atau empat tahun dahulu?

Mungkin juga hati kita dah tersangat keras atau sudah mati. Hati kita sudah tidak dapat terima dia lagi walaupun kita sudah memaafkannya lama duhulu. Mungkin juga dengan kehadirannya semula membuatkan hati kita yang masih berparut kembali terluka kerana dengan kehadirannya menjadikan kita ingat semula kedukaan lalu yang sebelum ini sudah terpadam dalam memori hidup kita.

Begitulah rencah dunia, kita tidak akan tahu siapa kawan dan siapa lawan sehinggalah sampai satu masa kita jatuh. Adakah tangan itu akan menghulurkan bantuan atau kita akan ditinggalkannya.

Kita tidak perlu risau memikirkan tangan mana yang akan menghulurkan bantuan dan tangan mana yang akan berpeluk tubuh dan seterusnya meninggalkan kita di saat kita sangat-sangat memerlukannya kerana apabila kita ikhlas menghulurkan tangan tidak kira kepada sesiapa pun, pasti akan ada tangan lain yang akan menghulur di saat kita memerlukan biarpun tangan tersebut bukanlah tangan yang pernah kita bantu dahulu.

Oleh itu, lebih baik kita bersifat ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada manusia. Berharaplah hanya untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Kita juga perlu sentiasa ingat, hidup kita sentiasa berputar. Jika kita pernah meninggalkan seseorang atau melukakan hati seseorang, tidak mustahil kita juga akan dilukai dan ditinggalkan suatu hari nanti dan mungkin kita akan dapat yang lebih teruk daripada apa yang pernah kita lakukan pada orang lain.

-Artikel iluvislam.com

fakta tentang lelaki

By : Unknown

1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita
disebabkan mereka cantik, tetapi mereka
lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan
ketrampilan seseorang itu.

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba
untuk menggoda kekasih mereka.

3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah
makan ke belum? adalah merupakan soalan paling
kerap akan ditanya ketika mereka menelefon
seorang wanita.

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan
mereka sepanjang hari,tetapi sebelum tidur,
pasti mereka akan memikirkan mengenai
wanita yang mereka benar-benar sayang.

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap
seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua
karakter negatif yang ada pada wanita 
tersebut.

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan
sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja
untuk mendapatkan perhatian daripada
seorang wanita.

8. Lelaki amat benci apabila wanita
menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki
mereka.

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk
seminit, kemudian terus melupakan mereka.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa
ibubapa kekasih mereka,ini menunjukkan mereka
benar-benar serius.

11. Lelaki juga akan menangis.
1
2. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat
wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah
kerana mereka sukar untuk menerima
kekalahan.

13. Jangan sesekali memberikan mereka
mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau
awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan
membuat seribu satu andaian dan akan
berusaha untuk mendapatkan jawapan.

14. Lelaki akan teruja apabila mendapat
sentuhan yang tidak diduga.

15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap
dengan wanita yang mereka suka.

16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati
lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi
esok..’

17. Lelaki amat sayang ibu mereka.

18. Lelaki sanggup mengorbankan makan
tengahari mereka semata-mata ingin
memberikan wanita beberapa kuntum bunga
ros.

19. Lelaki amat sukar untuk difahami
melainkan anda seorang pendengar yang setia.

20. Adalah lebih baik anda menguji seorang
lelaki itu terlebih dahulu sebelum
mempercayainya. Tetapi,pastikan ia tidak
mengambil masa yang terlalu lama.

21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk
menceritakan hal peribadi mereka.

22. Lelaki amat suka apabila wanita yang
menentukan pemakaian mereka.

23. Lelaki tidak suka kekasih mereka
mempunyai hubungan dengan orang lain
terutamanya kawan lelaki.

24. Apabila lelaki membelikan hadiah
kepada wanita, mereka amat risau sekiranya
hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

25. Lelaki lebih banyak berfikir.
2
6. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu
untuk membayangkan apa sahaja.

27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa
yang lebih penting adalah berat mereka.

28. Sukar untuk lelaki untuk melepaskan
kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta
melebihi 3 tahun.

29. Lelaki tidak sukakan wanita yang
materialistik.
3
30. Lelaki memiliki semangat yang kuat
untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat
daripada kekasih mereka.

31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu
yang serius, berikan perhatian yang
sepenuhnya. Ia amat penting.

32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai
memasak.

33. Jangan sombong, kerana ia akan
membuatkan lelaki berusaha untuk
memalukan anda.

34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui
pengalaman, bukan seperti wanita yang
belajar mengenai cinta
melalui novel yang mereka baca.

35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka
keluar bersama lelaki lain berdua walaupun
hubungan mereka hanya sekadar kawan.

36. Lelaki akan memaafkan kesalahan
yang pertama dibuat,tetapi bukan untuk
kesalahan yang kedua.

37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau
mengada-ngada



berjangkutlah wahai lelaki

By : Unknown

Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :



· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Itulah yg membezakan kita org Islam
· Lebih diminati wanita
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu

Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.

Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :

“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)

“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka.

Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullah SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut. Walaupun pada pandangan anda atau orang lain ianya nampak tidak cantik namun di sisi Allah SWT ianya sudahpun kelihatan elok dan sempurna.

Wahai lelaki, berjanggutlah.

p/s: Sunnah juga berjanggut itu
 

Untuk Lelaki..huh!!-jangan Ucap!

By : Unknown






Berkapel memang seronok. Tapi sekiranya kita tersilap kata, buruk padahnya. Di bawah ni cik jannah ada senaraikan 10 perkara yang tidak sepatutnya diucapkan kepada si dia. 

1. "Awek saya dulu tak pernah buat macam tu" 
- si dia pasti akan berasa kecewa kerana peerempuan tidak suka diperbandingkan dengan kekasih kamu dulu dan sebaiknya kamu belajar terima dirinya seadanya. 

2. "Eh, tak ketat ke baju awak tu?? Nampak macam dah gemuk." 
- percayalah perempuan benci dikatakan gemuk.. kamu memang sengaja mencari nahas. 

3. "Alamak, abang lupalah hari ni harijadi sayang" 
- hari penting!!! kena ingat!!! ini akan meemberikan kesan dalam perhubungan kamu 

4. "Hai, janganlah asyik marah2" 
-jangan tambahkan lagi kemarahannya, kemunggkinan dia ada masalah, jadi bersedialah untuk membantu 

5. "Saya memang pernah keluar dengan dia tapi masa tu saya tengah bengang dengan awak" 
- kamu memang mengecewakan.... 

6. "Awak pergilah shopping sendiri atau dengan kawan.. saya malaslah nak ikut" 
- kamu mengecilkan hatinya kerana pada masaa inilah dia ingin spent masa dengan kamu 

7. Bedebat pertahankan pendapat 
- janganlah sampai bersungguh2 kerana kemennangan kamu hanya akan mengundang masam di mukanya.. 


8. "Ingat nak ajak awak keluar semalam, tapi awak ni boringla" 
- percayalah hubungan kamu boleh putus denggan ayat ini... 

9. "Eh, kawan baik awak tu boleh tahan jugak ye??" 
- ini boleh menyebabkan si dia tersinggung dan kamu mengundang celaka daam perhubungan kamu berdua 

10- "Awak ni kuat membebellah, tu belum kawin lagi" 
- jangan salahkannya sahaja tapi fikirlah kkenapa??

Rahsia sulit yang berputar di keliling kita.. sysh..sysh..sysh..rahsia..

By : Unknown


Jangan tertanya-tanya lagi!!

berikut beberapa maklumat yang mungkin kamu dah lama ingin tahu tapi tak pernah berani untuk bertanya kepada parent korg atau dgn sesiapa.. semua persoalan yang sering berada di minda akan kita jawab sekarang..

Soalan 
Apa itu penghindaran seksual?

Jawapan
secara ringkasnya ia merujuk pada keadaan tidak mengadakan hubungan seks.

Soalan
apakah normal untuk kita berfantasi seks?

Jawapan
fantasi seks sememangnya biasa, ingatlah bahawa pemikiran seksual merupakan perkara semula jadi dan mempunyai penjelasan yang tersendiri, sama seperti pemikiran lain. tetapi satu je yang cik jannah nak pesan kat korang, janganlah sampai terbawa-bawa dan melintasi kepercayaan dan batasan agamamu. sekiranya pemikiran sebegini merisaukan kamu, berbincanglah dengan seorang yang boleh membantu kamu, sebagai contoh ahli keluarga korang yang rapat ataupun korang bole dapatkan nasihat daripada kaunselor.

Soalan
kenapa saya perlukan pencegahan kehamilan ataupun perlindungan seks apabila saya aktif secara seksual?

Jawapan
kamu mesti melindungi diri kamu daripada sebarang jangkitan kelamin dan kehamilan yang tidak diingini. bagaimanapun, perlindungan terbaik adalah penghindaran seksual.

soalan
bagaimanakah pencegahan kehamilan oral berfungsi?

Jawapan
pencegahan kehamilan ataupun pil, mengandungi hormon seks estrogen dan ,. ia akan memberitahu otak untuk menahan ovari daripada membebeskan telor. tetapi awas! walaupun pil pencegahan kehamilan boleh mengelakkan kehamilan.. tetapi ia tidak boleh mengelakkan atau mencegah sebarang jangkitan seksual.


p\s: semoga entry ini berguna kepada korang.. 

Hai, selaput dara!

By : Unknown
"Beratus-ratus telor yang dihasilkan dalam ovari kamu. Tapi hanya satu telor saja yang akan di bebaskan setiap bulan."


assalamualaikum kengkawan, hari nie cik jannah nak bercerita tentang sesuatu yang akan menyuburkan minda korang.. 


apa yang cik jannah nak post nie berkaitan dengan selaput dara gadis yang melambangkan kedaraan mereka.. tetapi sebahgian besar daripada kita tak memahami apa sebenarnya selaput dara, so, cik jannah akan terangkan kepada korang sebagai general knowledge korang ea..






 HAI, SELAPUT DARA!


selaput dara merupakan membran nipis yang menutupi sebahagian daripada bukaan vagina. cuba korang bayangkan, selaput dara tu seperti plastik nipis yang menutupi cawan, tetapi tak sepenuhnya, kerana kebiasaannya terdapat lubang di tengah. bukaan ini penting agar darah haid boleh keluar melalui vagina kamu.


biasanya selaput dara akan pecah ketika kamu melakukan hubungan seks buat kali pertama, dan kamu akan berasa sedikit sakit serta mendapat sedikit pendarahan. sebab itulah, kalau zaman dahulu orang selalu kata selaput dara yang pecah menunjukkan bahawa gadis itu bukan anak dara lagi.


tapi sekarang kita semua pastinya dah tahu bukan, bahawa selaput darah itu boleh pecah disebabkan aktiviti lain- bukannya persetubuhan semata-mata. contoh paling mudah ialah menunggang basikal dan menunggang kuda. ini juga perkara biasa. jadi kamu janganlah risau seandainya kamu tiada lagi selaput dara. ' tiada selaput dara tidak bermakna kamu bukan anak dara lagi



Bagaimana Memperoleh Kepercayaan Pasangan?

By : Unknown
Kepercayaan dan kejujuran merupakan nadi utama dalam sesebuah ikatan. Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin berkekalan sehingga ke akhir hayat. Namun begitu, bukan mudah untuk membina kepercayaan dalam sebuah hubungan.

Justeru tidak hairanlah masih ada pasangan yang belum saling percaya meskipun sudah lama mengenali di antara satu sama lain. Apatah lagi bagi mereka yang baru berkenalan, perasaan sangsi sentiasa merajai hati masing-masing.

Sebenarnya, ada cara mudah yang boleh dipraktikkan dalam membina kepercayaan antara pasangan. Mungkin ia bukanlah perkara yang terlintas di fikiran anda tetapi realitinya cara tersebut amat diperlukan bagi memastikan perhubungan yang terjalin tidak terlerai di tengah jalan.

Untuk wanita yang masih lagi buntu memikirkan cara, langkah-langkah di bawah boleh dipraktikkan untuk memperbaiki hubungan, khususnya untuk mempertingkatkan tahap kepercayaan dalam diri masing-masing.

1. Anda perlu menjadi individu yang boleh diramal kerana percintaan atau ikatan perkahwinan sebenarnya tidak memerlukan sesuatu yang 'thrill' untuk membuatkan ia bernyawa. Namun, itu bukan bermakna anda tidak boleh melakukan kejutan buat pasangan sekali-sekala tetapi pastikan ia dilakukan dengan tenang dan konsisten. Ini kerana sikap yang sentiasa konsisten banyak membantu dalam membina sebuah kepercayaan.

2. Seterusnya anda perlu mempercayai kebolehan dan kecekapan pasangan anda. Dalam apa jua perkara atau situasi anda perlu mempercayai kemampuan si dia, dalam memahami apa yang terjadi di sekeliling anda. Tidak perlu terlalu melulu atau bergantung sepenuhnya kepada pasangan tetapi cukup sekadar dalam beberapa hal dan situasi kerana perasaan itu akan membolehkan anda melangkah setapak ke hadapan dalam usaha membina kepercayaan dalam ikatan kalian.

3. Berlaku jujurlah dalam apa sahaja situasi kerana rahsia yang terpendam hanya akan membinasakan hubungan yang terjalin antara anda dan pasangan. Percayalah, dengan bersikap jujur anda bukan hanya akan memperoleh kepercayaan daripada pasangan sebaliknya anda juga akan lebih dihargai.

4. Cubalah untuk bersikap matang dalam menjalinkan hubungan. Sikap matang dalam menangani sebarang masalah terutama tidak cemburu membabi buta akan membuatkan si dia lebih menghormati anda. Sikap tersebut juga menunjukkan bahawa anda mempunyai kepercayaan terhadap dirinya. Ini secara tidak langsung akan membuatkan si dia turut menaruh kepercayaan terhadap diri anda.

5. Jangan melakukan sesuatu yang boleh meragut kepercayaan pasangan terhadap anda. Sekali anda melakukan kesalahan, dia pasti akan menaruh syak wasangka seandainya berlaku sesuatu di masa akan datang. Walaupun lelaki mungkin akan melupakan apa yang berlaku dengan mudah berbanding wanita namun tidak mustahil, si dia akan mengingatinya apabila perkara yang sama berulang lagi.

6. Bahasa tubuh turut memainkan peranan penting dalam membina kepercayaan di antara pasangan. Oleh itu, pastikan bahasa tubuh yang disampaikan bersesuaian dengan tutur kata yang dilontarkan memandangkan bahasa tubuh lebih mudah tersemat dalam ingatan berbanding kata-kata yang diucapkan. Namun begitu, nada suara juga perlu dititikberatkan kerana ia mewakili perasaan dan emosi anda. Dan jika anda berjaya melakukannya dengan sempurna, si dia akan turut belajar mempercayai kata-kata anda.


kepercayaan teras kekuatan sesuatu hubungan dalam percintaan

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -