- Back to Home »
- article agama , informasi terkini »
- Golongan Manusia Yang Mendapat Doa Para Malaikat
Posted by : Unknown
Jumaat, 17 Mei 2013
5 Golongan manusia yang akan mendapat doa para malaikat
rasulullah menjelaskan tentang malaikat dalam sebuah hadis:Aku boleh melihat apa yang kamu tidak dapat lihat. Aku juga boleh mendengar apa yang kamu tidak dapat dengar. Langit mengeluarkan suara yang kuat dan ia patut melakukan sedemikian. tidak apa tempat seluam empat jari pun dilangit kecuali dipenuhi dengan para malaikat yang sedang sujud. jika kamu mengetahui perkara ini, nescaya kamu akan kurang ketawa dan banyak menangismalaikat sentiasa taat menunaikan perintah Allah. merujuk kepada ayat 7 dan 8 dalam surrah Ghafir, diceritakan bahawa para malaikat yang memikul arasy yang berada disekelilingnya sentiasa bertasbih dan memuji Allah dan memohon keampunan bagi orang-orang yang beriman.
mereka berdoa: "wahai tuhan kamu, rahmatmu dan ilmu mu meliputi segala-galanya. berilah keampun kepada orang-orang yang bertaubat serta mengikut jalan mu. peliharalah mereka daripada azab api neraka, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga "adn yang telah engkau janjikan. dan masukkanlah mereka bersama dengan orang yang layak di kalangan ibu bapa, isteri-isteri serta keturunan mereka. sesunggunya, engkau jua yang maha berkuasa lagi maha bijaksana.
antara golongan yang mendapat doa para malaikat ialah:
1) orang yang bersedekah di awal hari.
- setiap pagi dua malaikat akan turun. malaikat yang perkama berdoa : "ya Allah, gantikanlah harta orang yang bersedekah" dan malaikau yang satu lagi berdoa "ya Allah, hancurkanlah harta orang yang kedekut"
(hadis riwayat muslim)
2) Orang yang menanti-nanti waktu solat.
- seseorang yang duduk menanti waktu solat, selama mana dia tidak berhadas, maka malaikat terus mendoakannya: "ya Allah, ampunkan dosanya, Ya Allah, rahmatilah dia."
(riwayat al-bukhari)
3) Orang yang mendoakan saudaranya tanpa dia ketahui.
- "doa seorang muslim kepada saudaranya dalam keadaaan dia tidak mengetahui adalah mustajab."
- "setiap kali dia mendoakan kebaikan saudaranya, malaikat disisinya akan berkata: "amin, semoga Allah memperkenankan doamu, dan semoga engkau mendapat juga kebaikan seperti yang engkau pinta untuk saudaramu."
(Riwayat Muslim)
4) Orang yang berwuduk sebelum tidur.
- " sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat disisinya akan berdoa; "ya allah, ampunilah hambamu si polan ini, kerana dia tidur dalam keadaan suci."
(Riwayat Ibn Hibban)
5)Orang Yang Menziarahi Orang Sakit
- "mana-mana muslim yang menziarahi saudaranya yang sakit, maka allah mengutus 70 ribu malaikat mendoakan nya daripada siang hingga ke senja, dan daripada awal malam sehingga ke subuh"
(Riwayat Ibn Hibban)