Archive for Mac 2013
cara membuat keyboard menaip sendiri
By : Unknownhai..selamat malam.. haha.. malam ni jannah nak ajar kawan-kawan buat prank sikit.. prank ni tak lah berbahaya tetapi akan membuat orang akan naik gila dan ketakutan..omg! keyboard saya tetiba menaip dengan sendirinya..haha.. dan korang boleh digelar hacker.. sesuai korang lakukan ketika gunakan komputer atau laptop kawan korang..so, korang ikut sajalah step dibawah..
STEP 1
open notepad
STEP 2
paste kod dibawah didalam notepad
Set wshShell = wscript.CreateObject("WScript.Shell")
do
wscript.sleep 100
wshshell.sendkeys "This is a Virus. You have been infected. you will be die tomorrow"
loop
STEP 3
save sebagai <filename>.vbs
Step 4
sekarang korang double klik dan lihat hasilnya
STEP 5
kalau nak hentikan prank ni korang pergi task manager>Processes> cari wscript.exe>right click > end process
nota kaki:
prank ini tidaklah berbahaya dan hanya untuk fun sahaja. sekian.
Tag :
informasi terkini,
notepad trick,
Cara Install Whatsapp di PC
By : Unknownwhatsapp messenger |
hai.. ramai masyarakat sekarang yang menggunkan whatsapp kan..ye la jimat dan tidak menggunakan kos jika nak dibandingkan dengan menggunakan sms. korang hanya perlu download whatsapp dan dah boleh mula chat free. tapi jika nak gunakan whatsapp dalam komputer dan pc pun boleh. tapi korang kenalah ikut step yang saya tunjukkan di bawah ni.
jom mulakan..
STEP 1.
pertama sekali anda perlu download ANDROID EMULATOR- blueStacks [download sini]
STEP 2
korang install dekat PC anda dan klik run.
STEP 3
sekarang klik .apk file yang ada di pc anda.
STEP 4
download whatssapp messenger DARI SINI
STEP 5
install dan verify nombor telefon anda
whatsapp in PC\computer |
NOTES: [Please note that you can not verify whatsapp messenger using SMS verification method so you have to follow call verification method to verify your whatsapp messenger.]
Tempat dan waktu dianjurkan berselawat
By : UnknownI Extremely love rasullulah |
1) Sesudah laungan azan
2) Ketika hendak masuk dan ketika keluar masjid
3) Dalam solat jenazah
4) Dalam takbir-takbir hari raya
5) Sewaktu membaca tahiyat akhir dalam solat
6) Pada awal dan akhir bacaan doa
7) Pada malam dan siang hari jumaat
8) Dalam khutbah dan semasa bacaan qunut
9) Ketika oraqng menyebut nama rasulullah s.a.w
10) Tiap pagi dan petang, ketika mengadakan majlis ceramah, ketika susah sakit dan lain- lain.
Rasulullah bersabda yang bermaksud:
"sesiapa membaca selawat sepuluh kali pada pagi hari dan sepuluh kali pada waktu petang, maka ia akan memperoleh syafaatku pada hari kiamat.” [hadis riwayat al-tabrani daripada abu darda r.a]
Tag :
article agama,
informasi terkini,
Model sanggup Jalani pembedahan kosmetik sebanyak 330 kali untuk cantik
By : Unknown
Dia menjalani lebih 330 prosedur kosmetik, lebih jauh
mengatasi cindy Jackson dari amerika syarikat yang diiktiraf sebagai wanita
terbanyak melakukan pembedahan kosmetik di dunia
alicia mula menjalani pembedahan plastik sejak berusia 15 tahun/ |
Bekas model glamor inggeris Alicia douvall yang terkenal
kerana pendedahan hubungan sulitnya dengan selebriti termasuklah mogul muzik
simon cowell. Dia mendakwa telah memebelanjakan lebih 1 juta pound (rm 4.7)
juta untuk membesarkan payudara, menegangkan muka hingga kepada pembedahan
mengecilkan kuku kaki. Alicia mendakwa perbuatannya itu menyeabkan dia ketagih
untuk melakukann pembadahan hingga terpaksa menerima pemulihan rawatan sebanyak
3 kali.
Alicia yang dikaitkan dengan beberapa selebriti termasuk actor
rounrke dan bekas penyanyi simply red berkata, dia sudah menjalani banyak
pembedahan kenara yakin dia kelihatan hodoh. Alicia memberitahu alas an utamanya
untuk menjalankan pembedahan kosmetik adalah untuk kelihatan seperti Barbie dan
ia cukup membimbangkan.
Apabila ditanya adakah dia berpuas hati sekarang, dia
menjawab, “ saya sudah menjalani terlalu banyak pembedahan hingga muka saya
tidak bolh bergerak, saya tidak boleh senyum dengan betul dan tidak dapat
bernafas menggunakan hidung. Jika saya tidak pern ah menjalankan pembedahan,
saya yakin saya jauh lebih cantik dari sekarang’
3 gambar kesan rawatan pemulihan yang terpaksa diterima oleh alicia:
alicia terpaksa menerima rawatan pemulihan sebanyak 3 kali |
diadaptasi dari: Harian metro edisi 25 mac 2013
Tag :
informasi terkini,
keuntungan menutup aurat kepada perempuan
By : UnknownTag :
article agama,
informasi terkini,
SEKSAAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT.
By : Unknown
SEKSAAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT.
Orang yang meninggalkan solat akan diseksa dengan 15 seksaan, 6 daripada akan diterima didunia, 3 daripadanya ketika nyawa berada di perghujung dan tiga lagi ketika dia berada di dalam kubur dan tiga terakhir akan diterima di hari pembalasan kelak (hari akhirat)
6 seksaan di dunia
1) Usianya tiada keberkatan
2) Dihilangkan tanda-tanda orang soleh daripada wajahnya
3) Tiada pahala setiap amalan yang dikerjakannya
4) Doanya akan menjadi sia-sia kerana tidak dimakbulkan oleh Allah
5) Semua makhluk di dunia akan membencikannya.
6) Tidak menerima bahagian dariapda doa untuk orang-orang soleh.
3 seksaan ketika nyawa di penghujung
1) Matinya adalah dalam kehinaan
2) Matinya adalah dalam keadaan yang terlalu lapar
3) Matinya adalah dalam keadaan yang tersangat dahaga
3 seksaan ketika berada di dalam kubur
1) Kuburnya akan disempitkan
2) Dibalik-balikkan dirinya dalam bara api yang dinyalakan
3) Ular yang dinamakan shajkul akrak akan menyiksa si mayat sehingga ke hari kiamat
3 seksaan di hari akhirat
1) Malaikat akan menyeret nya dalam keadaan hina masuk ke neraka
2) Mendapat kemurkaan Allah yang yang amat hina
3) Allah s.w.t akan menghisabnya dengan berat yang terus dihumban ke dalam api neraka.
Oleh itu, kita hendaklah menjaga solat dan agama kita melebihi kita menjaga nyawa dan maruah kita sendiri. Wallualam. Selamat beramal.
Tag :
article agama,
informasi terkini,
5 perkara tersembunyi tentang solat
By : Unknown
5 PERKARA TERSEMBUNYI TENTANG SOLAT
1) SOLAT SUBUH --> WAJAH YG CANTIK..
2) SOLAT ZOHOR --> DUIT YG BANYAK..
3) SOLAT ASAR --> KESIHATAN YG BAIK..
4) SOLAT MAGRIB --> ANAK-II YG CERDIK &
BERJAYA..
5) SOLAT ISYAK --> TIDUR YG NYENYAK
TANPA GANGGUAN..
SABDA NABI MUHAMMAD S.A.W :
--> BARANGSIAPA YG MENINGGALKAN
SOLAT SUBUH TIADALAH PADANYA NUR DI
WAJAHNYA..
--> BARANGSIAPA MENINGGALKAN SOLAT
ZOHOR TIADALAH PADANYA REZEKI YG
BERKAT..
--> BARANGSIAPA YG MENINGGALKAN
SOLAT ASAR TIADALAH PADANYA KEKUATAN
BADAN..
--> BARANGSIAPA MENINGGALKAN SOLAT
MAGRIB TIADALAH PADANYA ANAK-II YG
BERMANFAAT..
--> BARANGSIAPA YG MENINGGALKAN
SOLAT ISYAK TIADALAH PADANYA TIDUR YG
NYENYAK..
Tag :
article agama,
informasi terkini,
Krisis lahad datu & tindakan yang sewajarnya
By : Unknownkrisis lahad datu |
Persoalan Kenapa guna polis tak tentera?
1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.
3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protocol antarabangsa.
Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna
1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.
Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan
Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)
Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?
Nota Tambaham. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.
Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.
Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).
secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga..
Harap sedikit sebanyak boleh memberikan pencerahan. Terimakasih.
-kredit to: ni kali lah-
Tag :
informasi terkini,
JENIS-JENIS SAKA YANG BERBAHAYA
By : Unknownsaka harimau |
Dalam masyarakat Melayu saka ada berbagai jenis yang bersandarkan kepada jenis ilmu dan amalan salah yang melibatkan jin dan syaitan. Ianya pula berkait rapat atau bergantung pula kepada jenis-jenis jin atau syaitan yang digunakan tersebut. Secara mudahnya, jenis saka ini dikenal dari dua sudut iaitu dari sudut ilmu dan amalan yang digunakan dan sudut kedua ialah jenis-jenis jin dan syaitan yang digunakan.
A. SAKA DARI SUDUT ILMU DAN AMALAN YANG DIGUNAKAN
i. Saka silat
ii. Saka kebal
iii. Saka penggerun
iv. Saka penunduk
v. Saka syarat tubuh
vi. Saka seri muka
vii. Saka kuat nafsu
viii. Saka pagar rumah
ix. Saka kuat kerja
x. Saka kasih sayang
xi. Saka sedap masakan
xii. Saka sedap suara
xiii. Saka pukau
xiv. Saka halimunan
xv. Saka kaya
xvi. Saka pelaris dan sebagainya.
B. SAKA DARI SUDUT JENIS-JENIS JIN DAN SYATAN YANG DIGUNAKAN
i. Saka harimau
ii. Saka buaya
iii. Saka hantu raya
iv. Saka pelesit
v. Saka khadam ayat
vi. Saka bunian
vii. Saka ular
viii. Saka bajang
ix. Saka jembalang
x. Saka hantu pocong
xi. Saka polong dan sebagainya
KREDIT:AS-SYIFA
Tag :
article agama,
SITUASI TERKINI DI LAHAD DATU SABAH (1\3\13)
By : Unknownpray for lahad datu |
TERKINI: Polis Lahad Datu turut menasihatkan orang ramai supaya BERADA DI DALAM RUMAH. Perintah berkurung telah dikenakan di pekan Lahad Datu dan kawasan sekitarnya dari 04:00 Jumaat berikutan pertembungan antara pasukan keselamatan Malaysia dan bersenjata Sulu di Tanduo kampung selepas kebuntuan 23 hari.
LAHAD DATU: Pantai timur Sabah diberikan amaran keselamatan yang tinggi berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu di kampung Tanduo pada Jumaat. Banyak kedai, perniagaan termasuk bank dan sekolah terus ditutup apabila berita mengenai insiden itu disebarkan ke seluruh negeri. Polis Lahad Datu turut menasihatkan orang ramai supaya berada di dalam rumah dan tidak mempercayai khabar angin. Ketua Polis Daerah Semporna, Asisten Superintenden Firdays Francis Abdullah berkata, kesemua mereka bersama-sama bersiap sedia dengan agensi keselamatan yang lain. “Kami masih belum lagi menerima sebarang arahan darurat daripada pihak berkuasa yang lebih tinggi,” katanya, sambil menambah bahawa langkah berjaga- jaga adalah perlu dan orang ramai harus tenang.
“Ramai yang bimbang bahawa masalah itu akan merebak ke Semporna, tetapi sebenarnya tiada apa perlu dibimbangkan kerana kumpulan bersenjata Sulu telah dikepung di Lahad Datu,” katanya. Semporna dan Lahad Datu berhadapan dengan seranan lanun dari selatan Filipina pada 80-an dan 90-an.
2/2006″ INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU HARI INI. G/17984 skuad 2/2006″ Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina dan Seorang lagi pejuang negara gugur, Koperal 135383 Azman B. Ampong. Kini menjadikan 3 pejuang negara sudah terkorban.
1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)
2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)
3. Koperal 152133 Mohd Tarmizi B. Hashim (cedera di tangan dan kaki) (ditempatkan di
Hospital Lahad Datu)
4. Koperal 135383 Azman B. Ampong (cedera di punggung/peha) (ditempatkan di Hospital Lahad Datu)
5. Konstabel 176533 Mohamad Qaiyum'aiqal B. Zolkifli (cedera di bahu kanan & kedua-dua kaki) (ditempatkan di Hospital Sandakan).
6. Koperal 135383 Azman B. Ampong (terkorban)
manakala 10 pemberontak sudah dibunuh(1 drpdnya ialah wanita). 10 lagi menyerah diri dan pemberontak2 yang lain melarikan diri ke pantai.
manakala 10 pemberontak sudah dibunuh(1 drpdnya ialah wanita). 10 lagi menyerah diri dan pemberontak2 yang lain melarikan diri ke pantai.
Pray for our army!
Pray for Lahad Datu!
Pray for Sabah!
Pray for our coutry!
mcm mane teruk pon keadaan...kite mendoakan yg terbaik kepada parajurit kita yg sedia mempertaruhkan nyawa mereka untuk keamanan..sooo jgn dok terlalu berasa selesa bile ank2 muda ini sedang mempertaruhkan nyawa mereka!!! walau apa pon bangsa, agama negara parti atau pekerjaan..igt...mereka ank2 muda inilah benteng utama negara.
gambar situasi di lahad datu.
keadaan di lahad datu
di depan pejabat kedutaan
keadaan di lahad datu
Pray for Lahad Datu!
Pray for Sabah!
Pray for our coutry!
Tag :
informasi terkini,