Popular Post

Posted by : Unknown Sabtu, 9 Februari 2013



Sudah menjadi lumrah bahawa setiap proses penyembuhan sama ada yang berbentuk fizikal atau spiritual mempunayai pantang larang yang mesti dipatuhi. Berikut ialah cadangan beberapa kaedah untuk mengawal nafsu syahwat.

1) Fikirkan tentang matlamat hidup dan sibukkan diri untuk mencapainya.

2) Pasakkan keyakinan AlLah maha melihat apa yang sedang kita lakukan

3) Sedarkan diri bahawa malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan perkara yang kita lakukan

4) Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik serta soleh.

5) Putuskan hubungan “songsang” dan “gelap” sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet mahupun fizikal, melalui laman chat, e-mel, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di depan computer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri daripada berseorangan. Jika berbual mesra dan makan tengah hari bersama rakan sekerja yang berlainan jantina itu puncanya, maka elakkan diri, begitulah seterusnya.

6) Putuskan hubungan adik, kakak, dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pengundang maksiat.

7) Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat. Setiap orang tahu dan sedar jenis tindakan yang boleh mendorong syahwat masing-masing kerana ia mungkin tidak sama dengan orang lain.

8) Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat sasaran baru seperti menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu sasaran lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa sasaran dalam kehidupan, keinganana syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.

9) Sertai kumpulan yang bersifat keagamaan yang boleh membawa ingatan kepada allah. Namun awas dan elakkan diri daripada kumpulan songsang dan ajaran sesat.

10) Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah. Dengannya anda akan mendapat rakan dan sahabat yang baik. Selain itu waktu kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibentung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit.

11) Kalau anda sedang bekerja atau belajar, sasarkan diri untuk cemerlang dalam semua matapelajaran atau kerjaya anda. Dengan itu anda akan lebih sibuk dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan sekaligus ingatan kepada syahwat akan mula menurun dan ruangnya disempitkan

12) Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar sebab memikirkan kematian

13) Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu. Adakah anda suka untuk menerima kematian dalam situasi itu?

14) Kalau anda sedang bersyahwat dengan wanita sekalipun secara maya seperti internet dan tv , segeralah gambarkan kehodohannya agar syahwat menurun. Contohnya bayangkan wanita itu mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor ada AIDS dan banyak lagi.

15) Kalau computer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, maka mainkan alunan zikir , dan bacaan Al-quran setiap kali menghadap computer. insyaAllah, rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak pun sedikit.

16) Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan. Satu jurus langkah kea rah maksiat ialah kunci syaitan untuk menjerumuskan manusia ke dalam lembah maksiat yang lebih besar

17) Menjaga pemakanan dengan memastikan makanan itu halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada nafsu syahwat yang liar.

18) Memastikan harta yang diperoleh itu daripada sumber yang halal

19) Amalkan untuk berpuasa sunat, berzikir secara disiplin setiap kali selepas solat dan berdoa sebanyak mungkin semasa sujud dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.

20) Segera beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam lembah maksiat yang besar. Firman Allah, mafhumnya “Dan segeralah kamu kepada keampunan daripada tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang bertakwa. “ (surah ali imran:133)

by: majalah al-ustaz

Leave a Reply

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -