Popular Post

Memaparkan catatan dengan label politik. Papar semua catatan

100% Royalti minyak adalah hak kami! (sabahan)

By : Unknown
Assalamualaikum (^-*)...


Wow !!!! Banyaknya duit royati minyak !!!!

Menurut si Datuk Amirsham, royalti yang telah dikeluarkan dari ketiga-tiga negeri iaitu Terengganu, Sabah dan Sarawak adalah RM13.42 billion dari 2004 hingga 2007. Wow !!!!! Itu baru 5 % geng, berapa pulak kalau dapat 20% !!!! Lebih-lebih lagi kalau dapat 100% royalti minyak tersebut, apa tidak kaya kah negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu?

Nah!!! Itu pun selepas tolak subsidi, cukai, dividen dan duti eksport, jadi lebih besar nilainya kan kepada sumbangan pendapatan negara. Wow !!!!! Itu belum lagi kira pendapatan dari sumber gas semulajadi !!! So, agak-agaknya dah berapa trillion royalti minyak masuk kocek pemimpin Malaysia selama ni.

Kalau sebut pasal negeri Terengganu, saya tidak pasti apakah kerajaan semasa Terengganu boleh memperolehi 100 % royalti minyak kerana Terengganu termaktub di bawah pemerintahan kerajaan pusat. Tetapi kalau menyentuh tentang Borneo iaitu Sabah dan Sarawak, Perjanjian 20 Perkara yang termeterai semasa pembentukan Malaysia jelas menunjukkan bahawa Sabah dan Sarawak mempunyai hak mutlak sendiri untuk menguruskan isu minyak ini tanpa perlu merujuk kepada mana-mana pihak apatah lagi pemerintahan kerajaan pusat.

Sebelum ini saya berkesempatan mendengar soal-jawab pemimpin kita terutamanya si Nazri dalam sesi Dewan Parlimen di TV1 dan wow sungguh lantang beliau menjelaskan isu-isu persekolahan di Sabah yang masih lagi “papa kedana” memerlukan masa hingga 3 - 5 tahun lagi untuk dibantu sepenuhnya.

Wow !!! Hebat yer jawapan kamu, tapi takkan dah berpuluh tahun korang ambik duit royalti minyak Sabah masih tak berkesempatan nak membantu saudara-mara kami di kawasan pedalaman yang masih duduk beralaskan “sofa” tanah untuk sesi pembelajaran di sekolah bermahligai “kandang babi”.

Aikkk!!!! Bila pemimpin(segelintir) Sabahan membuat “bising” SIKIT, baru korang janji nak tolong itupun pelan-pelan korang kata. Masih tak cukup kah duit “sedekah” kami yang korang dapat dimanfaatkan untuk membantu saudara-mara kami. Ingat janji tuh “hutang” dan akan dituntut di akhirat nanti. Itu pun kalau korang masih ingat syurga dan neraka!!!!

Tahu kah kamu bahawa orang asli Penan di Semenanjung Malaysia pun lebih “kaya” dari saudara kami di pedalaman Sabah. Malah dari sumber yang saya perolehi terutamanya para guru yang mengajar di sana, ada penduduk Sabah di kawasan pedalaman masih merasa mereka berada dalam zaman di mana Jepun menyerang Borneo dulu. Apa tidaknya, apabila nampak helikopter atau kapal terbang lalu di atas kawasan mereka…mereka lari bertempiaran sambil berteriak “jepun mau serang, lariiiii…”.

Bayangkan betapa jahilnya mereka, kan inilah akibatnya kalau kerajaan tidak benar-benar membela nasib anak bangsa Sabah. Yang korang tahu cuma membangunkan banyak bangunan pencakar langit di Bandar-bandar utama sahaja. Yang daif, apa macam hah?



Tapi saya percaya kalau diutarakan persoalan ini biarpun di sidang dewan parlimen, tentu korang pemimpin BN akan berkata pembangunan Sabah perlu dibuat secara ber-fasa dan berperingkat serta memerlukan masa yang panjang untuk direalisasikan. Soal saya, berapa lama geng? Takkan sejak Malaysia dibentuk sampai sekarang, masih lagi tak nampak. Nyatalah janji korang tuh hanya tinggal janji.

Bukan itu sahaja, saya juga marah dengan isu-isu “kesian” dan “sayang” korang pada pendatang tanpa izin (PATI) dan pendatang politik dengan izin (PADI) hingga mampu membina penempatan khas seperti Skim Penempatan Pelarian Kampung Bahagia, Sandakan atau Kampung Selamat, Semporna atau Kampung Hidayat, Tawau atau Skim Penempatan Telipok dan Skim Penempatan Pelarian di Kinarut. Kalau itu korang mampu sediakan, mengapa infrastruktur dan keperluan sekolah-sekolah luar Bandar Sabah tidak mampu korang perbaiki biar sedikit pun.

Apa itu pun memerlukan masa kah tapi nak bagi pendatang asing rumah “free” atas tanah adat kami boleh pulak dijayakan dalam masa yang singkat. Saya berani jamin dengan nyawa saya, pendatang asing berbangsa Filipina, Indonesia, India dan lain-lain lebih “mewah” hidup mereka di Sabah berbanding anak watan peribumi Sabah yang hidup di pedalaman Sabah.

Anggaran angka pendatang asing yang mencecah 1 juta orang tak cukup kah menunjukkan betapa Sabah benar-benar mengalami “penjajahan asing” di bumi yang kami diami sejak zaman nenek-moyang kami lagi. Tak cukup dengan itu, si Nazri pernah mengeluarkan kenyataan berani yang mengatakan angka sebenar pendatang asing di Sabah tak sampai jutaan orang tetapi puluhan ribuan sahaja.

Siapa si Nazri tuh yang berani mengatakan sedemikian walhal datang Sabah pun cuma sekali dua sahaja, tapi kami dah berpuluh tahun terpaksa berdepan dengan si pendatang ini. Nah!!! Si Nazri juga berani mahu memberi dokumen IMM13 secara percuma kepada mereka dengan alasan untuk menangani isu kebanjiran pendatang asing. Wawawah senangnya si pemimpin BN ni cakap yer!!!

Kalau bangsa Melayu terkenal gagah beraninya dengan Keris Melayu disisip di pinggang dalam sejarah Melayu lama dengan imej kepahlawanan yang hebatnya dikenali seluruh dunia, begitu juga dengan sejarah bangsa peribumi momogun KadazanDusunMurut (KDM) yang tak kurang hebatnya seperti bangsa Iban di Sarawak yang dikenali sebagai bangsa “pemotong kepala”.

Apakah kalau bangsa KDM sudah mula mengasah dan memegang parang Sabah sepanjang 2 kaki bermakna “pemberontakan” bakal terjadi, maka itulah yang kami akan lakukan. Tentu rakyat Malaysia masih ingat semasa Parti Bersatu Sabah (PBS) memenangi pilihanraya Sabah kali, bangsa peribumi KDM lah yang mempengaruhi kemenangan tersebut. Begitu dahsyat sekali pengaruh bangsa peribumi KDM jika mereka benar-benar bersatu.

Kami, rakyat Sabah tidak mempunyai banyak pilihan dalam soal politik. Mahu mengharapkan perubahan drastik dari kepimpinan UMNO(mcm cyal)….janganlah harap. Mahu mengharapkan pakatan rakyat (PA) yang diterajui oleh PKR di Sabah pun tidak juga menjamin apa-apa kerana antara manifesto PKR ada menjanjikan tambahan royalti minyak sebanyak 20% jika PA berjaya menawan Sabah dan Malaysia.

Tetapi kan itu sama sahaja geng, pemimpin terdahulu Sabah bersetuju bersatu dengan Malaya membentuk Malaysia dengan ikrar Sabah dan Sarawak mempunyai hak sendiri untuk mentadbir bumi Sabah tanpa perlu campurtangan pusat apatah lagi dalam soal kekayaan bumi Sabah. Mengapa tidak berjanji akan memberikan 100% hak dan royalti minyak kepada kerajaan Sabah sahaja, mengapa pulak mahu beri 20% sahaja?

Namun jauh di sudut hati kami penduduk Sabah masih mengharapkan agar nasib kami terbela oleh mana-mana individu, organisasi atau parti politik yang mampu merubah situasi kami di Sabah. Lebih baik dapat 20 % daripada 5 % kan kerana siapa tahu jika nisbah 15% selebihnya dapat membantu saudara-mara kami di luar Bandar. Dan lebih selesa dan bahagia tidur kami di malam hari jika kami tidak perlu risau si pendatang asing bakal merompak, mencuri, menculik dan merogol anak cucu kami jika mereka di “buang” kembali ke tanah air mereka.

RESPOND DARI KAWAN- KAWAN KITA DARI SABAH. (printscreen)





KREDIT : 1SUARA SABAH.






Tag : ,

Kenapa Brunei Tidak Bersama Malaysia??

By : Unknown
Assalamualaikum(^-*)


                          SEJARAH : KENAPA BRUNEI TIDAK BERSAMA MALAYSIA???

Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.

Namun Sultan masih tetap dengan pendirian nya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu. Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.

Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dgn syarat-syarat di atas.

Hari ini Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat, ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga ahli kepada ASEAN. Ini bermakna ia nya sebuah negara yang diiktiraf bukan sahaja oleh negara-negara yang berjiran dgn nya, malah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Hari ini juga rakyat Brunei menikmati pendapatan per kapita antara yang tertinggi, harga Petrol yang terendah, pendidikan percuma hingga peringkat tinggi dan sebagai nya.

Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaga nya telah melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka kerana masih ramai rakyat tempatan tidak di ambil bekerja di syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak. Menteri tersebut berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelaburan asing, namun jika tidak serius untuk memberikan peluang pada rakyat tempatan, syarikat-syarikat ini tidak dikehendaki untuk berada di Brunei.

Ini adalah satu amaran keras dan terbuka. Saya percaya syarikat-syarikat yang ada di dalam industri Minyak dan Gas ini akan mula memberikan perhatian yang serius.

Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata pada nya "Kamu sudah seperti Brunei. Itu adalah lebih baik untuk kamu"

Sejarah adalah satu perkara yang telah pun berlalu dan tidak akan sesekali dapat di ubah, Namun satu soalan retorik yang menarik, apakah yang mungkin berlaku andainya Brunei bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia?

Andaian saya:

1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai utk hasil minyak, malah 95% hasil minyak akan pergi ke Pusat. Tinggal 5% untuk Brunei.

2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000)

3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari sekarang iaitu RM1.90 seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36)

4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan Riba.

5. Sindrom ramai orang luar Brunei yang memegang jawatan tinggi dgn gaji mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi bantahan dari pemimpin tempatan Brunei. Rakyat Brunei akan di beri jawatan peringkat rendah dgn gaji yang rendah juga.

6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa beli Proton dan Perodua.

7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala yang berombak2 dan berlubang. Dan kebanyakan di tampal pelbagai kali hingga rupanya macam kek lapis Sarawak.

Semoga Allah merahmati roh Sultan Omar Ali Saifuddin III dan menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. Amin...

PENDAPAT RAKAN-RAKAN DI MEDIA SOSIAL FACEBOOK BERKAITAN DENGAN PERKARA INI. jom kita baca.. KLIK SINI









Sumber:

Ucapan bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew mengenai Sultan Omar Ali Saifudin IIIhttp://www.straitstimes.com/STI/STIMEDIA/pdf/20090225/MM%20Lee%20speech%20in%20Bandar%20Seri%20Begawan.pdf

Ucapan YB Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin Bin Haji Umar, Menteri Tenaga di Pejabat Perdana Menteri, Brunei.http://www.energy.gov.bn/energydivision/index.php?option=com_content&view=article&id=307%3Akeynote-speech-for-the-brunei-shell-jv-vendor-forum&catid=53%3Aspeeches-2011&Itemid=95

Brunei Smartest, Singapore Smarter, Sarawak Stupid, Sabah Most Stupid Beyond Redemption!! (Part-1. Brunei) - Malaysia Todayhttp://malaysia-today.net/mtcolumns/from-around-the-blogs/47599-brunei-smartest-singapore-smarter-sarawak-stupid-sabah-most-stupid-beyond-redemption-part-1-brunei-

Premium Ron97 only 53cent per litre -earnic.comhttp://earnic.com/2011/05/premium-ron97-only-53cent-per-litre/— with Haziq Abdul Aziz, Percy Jackson, Helmi Jenglords, Helmi Husin and Firdaus Ahmad.


http://www.straitstimes.com/STI/STIMEDIA/pdf/20090225/MM%20Lee%20speech%20in%20Bandar%20Seri%20Begaw
www.straitstimes.com
kredit pos: Kent Vivian Mukui

kredit: 1 suara sabah
Tag : ,

peranan Belia dalam membangunkan negara ini.

By : Unknown





        Golongan remaja merupakan penduduk yang paling ramai di negara dewasa ini. Oleh itu, golongan remaja yang masih muda perlu memainkan peranan yang sewajarnya untuk membangunkan negara. Jadi, golongan remaja merupakan golongan yang secara tidak langsung menjadi tulang belakang yang akan menentukan hala tuju  negara ini pada masa akan datang. Seperti kata pepatah, Pemuda harapan bangsa, pemudi  tiang negara." mereka memainkan peranan penting dengan menjadi tenga pekerja dalam pelbagai sektor awam dan swasta di negara kita. 
        
         kita sedia maklum bahawa banyak peranan yang boleh dimainkan oleh para belia di negara kita. Para remaja boleh menjadi tenaga kerja yang penting di negara kita bagi memenuhi peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam sektor perkilangan, pertanian, perkhidmatan dan sebagainya. Selain itu, mereka juga harus menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran. Hal ini sudah tentu dapat meningkatkan kemajuan dan pembangunan negara dengan lebih pesat. kemahiran dan pengetahuan mereka merupakan salah satu aset yang sangat bernilai yang tidak boleh dijual beli walaupun dengan wang.

         Tanpa kita sedari, remaja pada era ini sebenarnya dipertaruhkan harapan sebagai bakal pemimpin negara pada masa akan datang. Hal ini kerana mereka memiliki banyak idea baharu dan mempunyai wawasan yang jelas. Selain itu, remaja hendaklah menjadi seorang warganegara yang berguna untuk bangsa, agama dan masyarakat. jika perkara ini benar-benar menjadi kenyataan, pasti remaja dan belia di negara kita akan menjadi salah satu penyumbang terbesar dan menjadi nadi utama dalam mengecap kegemilangan negara.

       Golongan remaja ialah generasi yang memiliki idealisme tersendiri yang boleh dibangunkan dengan cara yang betul. Mereka ada pandangan yang unik dan tersendiri serta memiliki  cita-cita yang unggul untuk kejayaan pribadi mahupun negara.Dengan erti kata lain, mereka turut memiliki tenaga dan semangat yang kuat untuk berjaya can mencipta kegimilangan. Hal ini kerana, golongan ini memang terkenal dengan semangat dan cita-cita tinggi serta mempunyai azam untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading. 

        para remaja juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu, kemahiran, ketahanan diri dan dan memiliki daya saing yang tinggi. jika mereka menghayati sepenuhnya budaya ilmu ini , sudah pasti mereka akan menjadi anggota masyarakat yang memiliki pemikiran yang terbuka amnya. Dengan cara itu, pemupupan perpaduan kaum juga menjadi mudah dan tiada unsur atau fahaman perkauman yang sempit dalam sanubari mereka. seterusnya, hal ini merupakan ciri yang sihat untuk menjadikan negara kita sebagai model dalam segenap aspek perkara , tamsilannya dalam bidang perhubungan etnik atau kaum.

       para remaja dan belia seharusnya  mampu memikul tanggungjawab untuk membangunkan negara Malaysia. Mereka ini menjadi sandaran dan harapan negara untuk muncul sebagai sebuah negara contoh yang cemerlangm gemilang dan terbilang di seantero dunia. tidak dinafikan bahawa golongan remaja ini menjadi ejen penting untuk mengubah masyarakat, iaitu belia diibaratkan seperti "benih yang baik kalau jatuh ke pulau menjadi pulau ". Tanpa mereka negara kita tidak akan membangun dengan pesat selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan  Malaysia sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang 2020. Oleh itu, berilah sokongan dan bimbimglah mereka  bagi merealisasikan hasrat murni iaitu memajukan dan mengulangi kegemilangan yang pernah kita kecapi sewaktu zaman pemerintahan kesultanan melayu melayu dahulu.





Tag : ,

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -