Popular Post

Memaparkan catatan dengan label cinta. Papar semua catatan

Rahsia warna lipstik

By : Unknown
Pemilihan warna lipstik adalah terpulang kepada cita rasa individu masing-masing dan di sebalik warna pilihan mereka itu, ia mewakili sikap dan peribadi diri mereka sendiri. Dikatakan hanya gadis yang berani selalunya memilih warna yang terang dan garang seperti merah untuk menyerlahkan lagi penampilan diri mereka. Malah ada yang mendakwa lipstik merah menambahkan seri wajah si pemakai. 

Namun tidak kurang juga yang menggemari warna yang lembut seperti pink, coklat dan sebagainya. Malah ada yang hanya selesa memakai lip gloss sahaja. Semua itu terpulang kepada diri individu itu sendiri. 

Lip Gloss Tanpa Warna 
Ia menjadi pilihan bagi mereka yang ingin kelihatan natural kerana ia tanpa sebarang warna. Malah paling tidak pun, mereka hanya memilih lip gloss yang mengikut warna bibir. Walaupun tanpa sebarang warna, ia tetap memberikan kesan simple yang tersendiri. Personaliti si pemakainya juga cukup mudah. Mereka gemarkan hidup yang aman dan damai. Jadi sebab itu mereka lebih gemar melepak di tempat yang mendamaikan diri. 

Warna Pink Berkilat 
Warna ini mencetuskan kesan seksi dan pesona kepada si pemakainya. Ia juga sesuai sama ada bagi si kulit gelap ataupun cerah. Mereka yang memilih warna ini dikatakan seorang yang romantis dan berjiwa penyayang. Mereka juga tak suka mencari masalah dengan orang lain. Tapi awas, mereka ini agak sensitif sebenarnya walaupun kadangkala dari segi luaran seolah-olah mereka ini tak kisah saja. 

Warna Coklat 
Warna ini menjadi pilihan mereka yang tak suka terlalu menonjol dari segi imej. Bagi mereka, bakat dan keupayaan diri adalah perkara yang lebih penting. Mereka yang memilih warna ini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan stabil dari segi emosi. Mereka juga merupakan simbol kesetiaan dan boleh dipercayai. 

Warna Ungu 
Mereka yang memilih warna ungu adalah mereka yang sophisticated dan punya pertahanan diri yang jitu. Selalunya mereka ini jenis yang berpegang kuat pada prinsip diri sendiri dan tak gentar dengan orang lain. Ia memerlukan rasa yakin yang kuat untuk membolehkan seseorang itu memilih dan memakai warna ini! 

Warna Oren 
Seperti juga si pemakai warna ungu, mereka yang memilih warna ini adalah seorang yang berdedikasi terhadap kerjaya/pelajaran mereka. Mereka juga lemah lembut orangnya namun memiliki sekeping hati yang keras. Kadangkala mereka sanggup bertengkar demi mempertahankan pendapat. 

Warna Merah 
Merah menjadi pilihan mereka yang suka menjadi perhatian ramai dan punya keyakinan diri yang tinggi. Selain itu mereka juga tidak suka diperlekehkan oleh orang lain. Pendek kata, jangan cuba main-main dengan mereka ni. Buruk akibatnya nanti! Namun begitu mereka sebenarnya baik hati.

10 tips melupakan kekasih hati

By : Unknown
1.Anda tulislah 10 pucuk surat dan anda poskan kat diri anda sendiri, pastu balaslah balik kesemua surat-surat tersebut... Lakukan setiap hari, 3 kali sehari...

2.Jauhkan diri anda daripada filem-filem Hindustan dan juga drama-drama swasta yang tangkap raung

3.Join ruangan berkenalan di dalam majalah-majalah atau buat sesi berkenalan tepi-tepi jalan... . Bukak lah warong khas untuk sesi interview tuh... Alaaa... bunga bukan sekuntum, kumbang lak berlambak lagi..

4.Buat perusahaan menternak itik... Nanti bila itik dah bertambah, pasti akan lupa kat pasangan anda tu, sebab terlalu sibuk menjaga itik-itik gembo... .

5.Sibukkan diri dengan bekerja... Bantai overtime bebanyak... Bila duit dah berjuta nanti, cari ajer yang lain, kawin terus, senang hidup tak payah susah-susah nak sakitkan kepala...

6.pi ngadap cermin yang sememangnya setia ngan anda... buat ler lawak giler yang tak masuk di akal, pastu gelak ler sendiri...

7.Ulang perbuatan nih sampai 3x... ikut tau... Uhh huuu Uhh huuu...

8.Kalo still teringat kat pasangan anda tuh, anda pi cari tangga, alaa cari je lah kat umah mana-mana atau pun bangunan berhampiran, buat-buatlah terjatuh dari tangga, sampai terus hilang ingatan, nescaya ler.. akan lupakan terus pasangan anda tuh... dengan diri sendiri pun anda tak akan ingat lagi..

9.Kalo ingatan anda masih ada, pi je rumah jiran sebelah, minjam tukul, pastu buat ler tak tau sambil ketuk pala sendiri sampailer ilang ingatan...

NOTE: A.kalo jiran anda tak bagi minjam tukul, curikk je, pastu lari ler..takkan dok buat sesi berkenalan ngan jiran anda lak..

B.Kalo susah sangat... hantuk je kepala tu kat dinding rumah, buat ler sampai rasa dah bosan dengan hantukan tuh...

10.Gantung gambar si dia kat dinding .. kutuk, karate, gusti, gigit, mamam, telan... buat lah apa-apa je asal hati rasa pueih..

p/s: amacam?canggihkan idea ni... hehehe. sungguh mujarab... belum cuba belum tahu, dah cuba mesti tak mahu cuba lagi
SELAMAT MENCUBA

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan

By : Unknown
1. Menipu

Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga

Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -