Pages

Jumaat, 22 Mac 2013

keuntungan menutup aurat kepada perempuan

muslimah sejati
Keuntungan menutup aurat 
Selain perintah menutup aurat, ayat al-ahzab: 59 turut menyatakan hikmah mengapa didatangkan hukum, iaitu untuk memelihara maruah wanita dan menjadi perisai menyelamatkan mereka daripada gangguan manusia. Sebabnyaialah dengan berpakaian menutup aurat dengan sempurna wanita akan memperoleh 3 keuntungan iaitu:
1) Sebagai penghormatan kepada mereka kerana dikenal sebagai wanita yang mulia dan baik-baik. Jesturu kerana itu mereka tidak diganggu oleh manusia yang fasik.
2) Kecantikan dan keindahan tubuh mereka akan terlindung daripada mencetuskan keinginan jahat dalam hati orang yang berpenyakit hatinya, ini sekaligus dapat menghindari perbuatan jahat daripada berlaku dan menimpa ke atas diri mereka.
3) Dengan menutup tubuh mereka, wanita akan merdapat kekuatan dalaman untuk menahan diri sendiri daripada melakukan perbuatan dosa dan maksiat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen Anda amatlah Dihargai, Segala Komen Adalah tanggungjawab Individu tersebut.