Popular Post

Archive for Februari 2015

keperluan pribadi dan barang yang diperlukan untuk ke kolej matrikulasi labuan

By : Unknown


kml


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. terdetik pulak hari ni nak share pasal kolej matrikulasi labuan.. so, bagi adik adik lepasan spm semua pasti nak juga tahu kan.. barang apa yg patut di bawa ke kolej kalau diizikan tuhan melanjutkan pelajaran di sini.. ok.. jannah tamau cakap bayak.. so i akan listkan semua benda yg saya rasa korang patut bawa memandangkan saya juga merupakan pelajar di kolej ini..

KEPERLUAN PERIBADI PELAJAR (MINIMUM)

Pelajar Lelaki

1. Kemeja berlengan panjang 5 helai ( untuk pakai seminggu)

2. Seluar panjang (slack) berwarna gelap 5 helai

3. Tali leher 1 helai

4. Baju Melayu (Pelajar Islam) 1 pasang  (tak payah bawa byk.. jarang sekali baju melayu ni korang pakai,,, seriuss)

5. Songkok (Hitam Sahaja -Pelajar Islam) 1 buah

6. Pakaian Sembahyang (Pelajar Islam) 2 pasang

7. Baju T berkolar 3 helai ( depand dengan awak je la ni.. biasanya baju ni korang akan pakai bila nak hadiri kelas malam)

8. Selimut 1 helai

9. Kasut kulit/ PVC 1 pasang

10. Kasut sukan 1 pasang

11. Sarung kaki 3 pasang

12. Seluar trek 2 helai

13. Keperluan peribadi yang lain seperti baldi, sepit kain dan lain lain boleh je beli kat sini..

14. Sarung bantal dan cadar
 

Pelajar Perempuan

1.Pakaian (sopan dan kemas) 3 pasang (ni pakaian harian korang.. )

2.Pakaian sembahyang (Pelajar Islam) 2 pasang

3.Baju T berkolar dan berlengan panjang 2 helai



serta item (8 -14) seperti untuk pelajar lelaki


cuma unuk pelajar perempuan muslim, korang hanya dibenarkan memakai baju kurung je masa nak pergi kuliah dan outing. so saya cadangkan bawalah baju kurung lebih daripada lima helai kalau anda sama macam saya yang liat nak cuci pakaian tiap hari. tapi, bagi pelajar bukan islam, anda diberi kelonggaran untuk memakai kemeja beserta skirt labuh bila nak outing..

sebelum terlupa, seterika, heater, dan periuk nasi.. boleh ka di bawa???

untuk seterika, saya cadang tak payah bawa... bikin berat jee.. kenapa?? satu bilik satu seterika dah cukup and kuota untuk seterika adalah 2 per satu bilik.. sebab kalau satu dorm semua pakai seterika pada masa yang sama maka berlakulah short circuit dan bergelaplah anda untuk sepanjang malam.... untuk heater, hah!! yang ni lebih baik masing masing ada supaya senang nak buat air atau massak maggi...

then untuk periuk nasi.. sebenrnya yang ini tak boleh bawa.. diharamkan.. tapi still kiterang bawa sebab nak jimat al maklumlah elaun rm250 jerr... kalau nak bawa benda terlarang tu pandai pandai la sorok eh..


kalau ada apa apa ang korang nak tanya sila komen kat bawa ye.. SAYA BANGGA MENJADI WARGA KML.. haha..


hah.. ni time kami attent program luar kml under unit koko.. sempoi kan pakaiaan kami..haa

ni buddys praktikum saya.. hee BP2T7..  saya just nak bagi cth pakaian yang korang akan gunakan bila nak pergi kuliah..

- Copyright © Cerita Farjannah - cerita farjannah - Powered by Blogger - Designed by de lala -